Polisi Perhubungan Pelabur
Polisi Perhubungan Pelabur
Mesej daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Pembentukan dan Penerimaan Polisi Perhubungan Pelabur
Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (2000) mengariskan pembangunan dan pelaksanaan sebuah polisi untuk komunikasi pemegang saham dan Perhubungan Pelabur (IR) sebagai salah satu daripada enam tanggungjawab utama Lembaga Pengarah sebuah syarikat.
Bursa Malaysia Berhad terlibat melalui dua cara. Pertamanya, sebagai pasaran saham, Bursa Malaysia Securities Berhad dipertanggungjawab dengan meningkatkan piawaian tadbir urus dalam semua syarikat tersenarai awam (PLC).
Keduanya, sebagai sebuah PLC melalui cara tersendiri, Bursa dijangkakan menjadi peneraju dalam pembangunan amalan baik IR di Malaysia.
Saya gembira untuk mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah Bursa meluluskan satu Polisi Perhubungan Pelabur untuk Bursa pada mesyuaratnya pada 15 Disember, 2006. Satu salinan dokumen polisi menyeluruh boleh didapati di laman web Bursa di www.bursamalaysia.com di bahagian Perhubungan Pelabur.
Pada masa sekarang, Bursa aktif membangunkan keupayaan IR-nya sendiri, dan penggunaan polisi IR tertulis rasmi merupakan elemen utama proses itu, dan asas program IR Bursa sendiri. Bagi memastikan keberkesanannya, Polisi ini menjangkaui daripada menjadi hanya kenyataan mudah bagi prinsip dan objektif asas. Ia menetapkan dasar proses dan prosedur dan mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab pada setiap peringkat. Polisi ini menangani yang berikut:
- Prinsip-prinsip Komunikasi asas (kejelasan dan kebolehpercayaan maklumat, keterbukaannya, kekinian dan konsisten):
- Pihak-pihak bertanggungjawab - mereka yang mempunyai penjagaan terhadap pelbagai elemen polisi itu dan mereka yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan;
- Jurucakap Rasmi - mereka yang boleh bercakap untuk syarikat dan tanggungjawab dalam bidang tertentu untuk komunikasi;
- Maklumat Sulit - melahirkan keperluan untuk mendapat persetujuan sesuai daripada pihak ketiga yang menerima maklumat sulit;
- Prosedur - prosedur penerbitan - meliputi siaran akhbar, pengumuman keputusan, Laporan Tahunan, e-laporan, laman sesawang syarikat dan lain-lain, dan memperincikan mereka yang bertanggungjawab;
- Acara-acara - semua acara dan persembahan melibatkan para pelabur, penganalisis dan media, kelakuan mereka, bahan-bahan sokongan dan pihak yang bertanggungjawab, termasuk Mesyuarat Am pemegang saham (seperti Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa), mesyuarat satu-ke-satu dan temuramah media, dan
- Lain-lain - termasuk pandangan dan amaran keuntungan, menangani kebocoran maklumat, prosedur krisis, polisi untuk perdagangan orang dalam di sekuriti Bursa, sekatan dagangan untuk Pengarah dan kakitangan, dan keadaan-keadaan khas (contoh: penggabungan dan pengambilalihan).
Apabila dilaksanakan dengan baik, satu polisi IR menyediakan rangka kerja untuk Lembaga, Pengurusan dan kakitangan berkaitan untuk berkomunikasi secara aktif dengan pemegang saham Bursa, pelabur, lain-lain pemegang taruh dan orang awam. Ia juga memudahkan maklumbalas, yang boleh difaktorkan dalam keputusan-keputusan perniagaan di masa depan.
Ketika kami mempunyai banyak lagi untuk dibuat, saya gembira untuk menunjukkan bahawa dengan langkah ini, kami mengambil serius peranan digabungkan kami sebagai pengawal atur barisan depan dan PLC, dan komitmen kami untuk berkomunikasi dengan terbuka, tepat dan pada masanya dengan semua pemegang taruh kami.
Investor Relations Policy
0.31 MB (PDF)